Portal Mail Online melaporkan, kereta tersebut dibeli oleh seorang pembeli yang enggan identitinya didedahkan.
Kereta lumba itu pada awalnya dibeli dan dimiliki oleh seorang pengumpul dari Perancis, Pierre Bardinon yang merupakan seorang pelumba kereta pada 1970.
Bagaimanapun, Bardinon yang meninggal dunia pada 2012, memaksa keluarganya menjual kereta itu di sebuah syarikat lelongan bagi menyelesaikan bil cukai wa-risan keluarga berkenaan.
Kereta legenda itu mampu mencapai kelajuan sehingga 299 kilometer sejam pada 1957.
Kenderaan itu menjadi pilihan pemandu-pemandu terkenal untuk berlumba dan pengeluar kereta dari Itali berkenaan diberikan gelaran Pengeluar Dunia pada 1957 ekoran penghasilan kereta itu.
Pengarah pengurusan bagi pusat lelongan Artcurial Motorcar, Matthieu Lamoure berkata, rekod kereta paling mahal sebelum ini dipegang sebuah lagi kereta Ferrari jenis 250 GTO yang dijual pada harga 28.5 juta euro (RM132.33 juta) pada 2014.