Pages

Thursday, January 1, 2015

Pakai sut getah untuk kelihatan seperti wanita

Kosmo! Online - Dunia:


PENAMPILAN Robert ketika memakai sut getah bersama uniform anggota pasukan sorak.



LOS ANGELES – Seorang datuk berusia 70 tahun gemar memakai sut getah silikon yang menyerupai bentuk dan wajah wanita selepas dia kecewa kerana gagal mempunyai teman wanita yang cantik.
Lelaki tersebut yang mahu dikenali sebagai Robert berkata, dia mula gemar memakai sut getah lengkap dengan topeng menyerupai wanita kerana ia kelihatan cantik.
“Setiap kali saya memakai sut ini saya akan melihat penampilan saya di hadapan cermin dan tidak menyangka boleh kelihatan cantik walaupun sudah berusia 70 tahun.
“Saya pernah keluar dengan wanita berusia antara 50 hingga 60 tahun. Walaupun mereka masih menawan mereka tidaklah secantik saya ketika memakai sut ini,” katanya.
Menurutnya, dia akan memakai pelbagai jenis pakaian wanita setiap kali memakai sut getah berkenaan dan gembira apabila menerima banyak pujian daripada orang ramai.
Robert merupakan sebahagian daripada komuniti kecil lelaki yang gemar memakai sut getah menyerupai wanita di Amerika Syarikat yang dikenali sebagai maskers. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0101&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3NXGHsFXd 
Hakcipta terpelihara 


'via Blog this'

Pasangan kembar Siam paling lama hidup di dunia

GAMBAR terbaharu Ronnie (kanan) dan Donnie di kediaman mereka di Ohio, Amerika Syarikat.
Kosmo! Online - Dunia: "COLUMBUS, Amerika Syarikat – Sepasang kembar lelaki diiktiraf sebagai kembar Siam paling lama hidup di dunia apabila mereka menyambut ulang tahun kelahiran ke-63 pada 28 Oktober lalu.

Pasangan kembar Siam tersebut, Ronnie dan Donnie Gaylon dilahirkan dengan bahagian perut yang bercantum. Kembar Ronnie dan Donnie mempunyai empat kaki, empat tangan. Bagaimanapun jantung dan sistem pencernaan mereka berasingan.

Mereka yang dilahirkan pada tahun 1951 terpaksa tinggal di hospital selama dua tahun. Namun, rancangan doktor untuk memisahkan mereka melalui pembedahan dihalang oleh ibu bapanya yang bimbang pembedahan tersebut gagal.

“Keputusan ibu bapa kami untuk tidak memisahkan kami ternyata tepat kerana kami masih hidup sehingga ke hari ini,” kata Ronnie.

Sebagai meraikan ulang tahun kelahiran mereka, pasangan kembar itu dibawa melawat Taman Tema Disney World dan Taman Busch di Florida.

Rekod pasangan kembar Siam paling lama hidup sebelum ini dipegang oleh pasangan kembar Siam dari Itali, Giacomo dan Giovanni Battista Tocci yang lahir pada tahun 1877 dan meninggal dunia pada usia 63 tahun. – Agensi"



'via Blog this'

Pampasan RM1.7j

Pampasan RM1.7j | Harian Metro: "Beijing: Ibu bapa remaja yang didapati tidak bersalah selepas dihukum mati 18 tahun lalu akan mendapat ganti rugi lebih 2 juta yuan daripada mahkamah sebanyak 2 juta yuan (RM1.1 juta).

Hugjiltu, 18, (gambar) disabitkan dan dijatuhkan hukuman mati pada 1996, namun dibebaskan awal bulan lalu oleh mahkamah di Inner Mongolia, sembilan tahun selepas orang lain mengaku melakukan kesalahan berkenaan.

Mahkamah yang mengisytiharkan remaja terbabit tidak bersalah ‘atas dasar kekurangan bukti’ berkata dalam kenyataan dibuat di Internet bahawa ibu bapanya akan menerima 2,059,621.40 yuan (RM1.7 juta), namun tidak menyatakan bagaimana jumlah itu dicapai.

Hugjiltu dipercayai disoal siasat selama 48 jam sehingga mengaku merogol dan mencekik mati seorang wanita di dalam tandas sebuah kilang kain. Dia dihukum mati 61 hari selepas kematian mangsa.

Selama sedekad, keluarganya berusaha membuktikan dia tidak bersalah dan perbicaraannya dilakukan semula, November lalu.

Sistem mahkamah China jarang membebaskan pesalah, malah tahun lalu 99.93 peratus tertuduh disabitkan.

Penggunaan kekerasan untuk memaksa suspek mengaku salah masih dilakukan secara meluas. Suspek juga lazimnya tidak mendapat pembelaan sewajarnya ketika perbicaraan.

Ini bukan kali pertama banduan yang tersilap dihukum mati didapati tidak bersalah. Ada kalanya orang lain mengaku melakukan jenayah terbabit, namun ada juga kes ‘mangsa bunuh’ ditemui dalam keadaan selamat.
- AFP"



'via Blog this'