Infografik Populasi Dunia
Menurut bancian pada 2013, India mempunyai 1.225 bilion penduduk berbanding China yang mempunyai 1.357 bilion penduduk.
Laporan tersebut menyebut, jumlah keseluruhan manusia di bumi dijangka meningkat sebanyak 2.4 bilion daripada 7.3 bilion penduduk pada masa kini.
Malah PBB menjangkakan, jumlah berkenaan akan meningkat sehingga 11.2 bilion menjelang 2100 dan menyaksikan Nigeria mempunyai lebih ramai penduduk berbanding Amerika Syarikat (AS) pada 2050.
Tambah laporan tersebut, separuh daripada peningkatan itu tertumpu di India, Nigeria, Pakistan, Republik Demokratik Congo, Ethiopia, Republik Tanzania, AS, Indonesia dan Uganda.
Menurut Pengarah Bahagian Populasi Jabatan Ekonomi dan Hal Ehwal Sosial PBB, John Wilmoth, peningkatan mendadak jumlah penduduk dunia, kebanyakannya berlaku di negara-negara miskin disebabkan kadar kelahiran yang tinggi.
“Peningkatan penduduk di negara miskin memberi cabaran besar untuk menghapuskan isu kemiskinan, ketidaksamaan, kelaparan dan masalah kekurangan zat makanan dalam kalangan penduduk.
“Selain itu, sistem pendidikan dan kesihatan perlu ditingkatkan dan diperluaskan bagi memastikan agenda pembangunan di negara terbabit berjalan lancar,” katanya seperti dilaporkan portal Mail Online.
Keputusan kajian itu disiarkan oleh PBB menerusi laporan bertajuk, Time for Global Action for People and Planet, yang dijalankan sejak 2010 menerusi bancian penduduk di seluruh dunia, selain tinjauan demografi dan kesihatan, baru-baru ini.