Sedutan video yang dimuatnaik di laman YouTube
Sedutan video yang dimuatnaik di laman YouTube
KATHY Beitz disahkan cacat penglihatan sejak kecil dan dia sangat berharap beliau mampu melihat anaknya ketika kelahiran pertama.

Syarikat eSight, bertindak meminjamkan Beitz 'cermin mata' yang mampu menyempurnakan keinginan wanita tersebut.

"Saya mampu melihat bayi pertama saya dan ianya sangat menakjubkan," kata Beitz dalam sebuah video yang dimuatnaik ke YouTube.

"Apabila saya melihat suami saya pula, saya semakin jatuh cinta kepadanya," katanya.

Menurut Huffington Post, alat bantuan penglihatan tersebut, yang berharga $15,000 atau RM54,000, juga mempunya kamera yang mampu menyiarkan lintas langsung penglihatan si pemakai.