Pages

Tuesday, November 25, 2014

Tawaf, sa’i naik kereta golf

Agensi
Makkah: Kajian kini dibuat bagi penggunaan kereta golf untuk memudahkan jemaah kurang upaya dan berusia melakukan tawaf serta sa’i.
Perkara itu dimaklumkan Dr Faisal Wafa yang juga pengerusi jawatankuasa teknikal bagi projek pembesaran Masjidilharam.
Katanya, kereta golf pintar itu akan membantu 6,000 jemaah melakukan umrah dalam sejam.
Kereta golf itu akan mengambil jemaah kelainan upaya, berusia atau bermasalah fizikal di pelbagai lokasi di Masjidilharam untuk membantu mereka melakukan tawaf dan sa’i.
Berhubung jambatan bulat sementara yang kini digunakan jemaah berkerusi roda ketika melakukan tawaf, Dr Faisal berkata, pihak berkuasa akan membincangkan lanjut sama ada ia akan dikekalkan atau diropohkan sebaik projek pembesaran mataf disiapkan.
Dua fasa pertama Projek Raja Abdullah bagi pembesaran mataf berjaya disiapkan dalam tempoh ditetapkan.
Ia kini mampu menampung 70 peratus lebih ramai jemaah. Fasa pertama di arah timur akan dibuka sebaik sejadah, rak al-Quran dan saluran air zamzam dilengkapkan sepenuhnya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 November 2014 @ 5:02 AM


Jemaah menggunakan kereta golf di Masjid Nabawi.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/11452#sthash.7YwhrQIc.dpuf

No comments: