Pages

Monday, July 28, 2014

Kubur besar era Sepanyol ditemui


2014/07/27 - 21:49:35 PM
La Paz: Sekumpulan pekerja binaan di Bolivia menemui sebuah kubur besar mengandungi beratus-ratus mayat dipercayai pelombong ketika era pemerintahan Sepanyol, kata seorang penyelidik semalam.

Pekerja menemui rangka berkenaan minggu ini ketika memulakan pembinaan sebuah bangunan baharu di daerah El Minero, Potosi, di kawasan mewah Andes.


“Kami bercakap mengenai sebuah kubur biasa yang ditemui kira-kira 1.8 meter dan mayat manusia bertaburan di kawasan sekitar empat kali empat meter,” kata seorang penyelidik di sebuah muzium milik Universiti Tomas Frias, Sergio Fidel.
Kami bercakap mengenai sebuah kubur biasa yang ditemui kira-kira 1.8 meter dan mayat manusia bertaburan di kawasan sekitar empat kali empat meter” Sergio Fidel, Penyelidik muzium milik Universiti Tomas Frias

Ketika era pemerintahan Sepanyol, Potosi menjadi terkenal kerana simpanan perak dan timah, yang mula dilombong pada kurun ke-16.

Penduduk tempatan terutama etnik Aymara biasanya dijadikan pekerja dan hamba terutama di kawasan pergunungan Cerro Rico.

Temui ratusan mayat

Pekerja pembinaan yang memulakan kerja penggalian berkata, mereka menemui 400 hingga 500 mayat dan mungkin ia lebih banyak.
Universiti terbabit apabila kakitangannya mengetahui pekerja binaan berkenaan menemui tulang dalam sebuah kubur besar, ia kemudian bertambah lebih banyak apabila pembinaan berterusan.

Pengebumian hamba

Satu hipotesis mengatakan satu pengebumian hamba besar-besaran yang bekerja di kawasan perlombongan berkenaan pernah diadakan, kata Jose Antonio Fuertes, seorang ahli sejarah. Manakala kemungkinan lain adalah mayat berkenaan dikatakan mempunyai hubungan dengan runtuhnya sebuah empangan di Potosi pada 1600 yang membunuh kira-kira 2,000 penduduk.

Bandar Andean adalah antara bandar terbesar dunia yang kini mempunyai 200,000 penduduk.

Bulan lalu, UNESCO meletakkan bandar terbabit dan Cerro Rico dalam senarai Tapak Warisan Dunia dalam Bahaya berikutan operasi perlombongan yang tidak terkawal. - AFP

No comments: