Pages

Saturday, April 13, 2013

‘Katak kaca’ boleh hilang diri dengan mudah


Bogota: Kebolehan ‘katak kaca’ yang ditemui di Colombia ini membolehkan ia ‘menghilangkan diri’ dengan lebih mudah apabila keadaan memerlukan.

Dengan sifat fizikalnya yang sebegitu, katak berkenaan seolah-olah menukar warna badannya setiap kali ia bergerak.


Keunikan ‘katak kaca’ itu juga membolehkan anda melihat jantung serta pelbagai organ dalamannya yang lain. Jurugambar Thomas Marent sempat merakamkan imej katak berkenaan ketika ia bersembunyi di bawah daun di kawasan hutan di Choco, Colombia.

Marent juga dapat merakamkan gambar telur katak itu dengan sebahagian daripadanya mula membentuk menjadi berudu.

Kepala budak 16 bulan membesar dengan luar biasa




ABDUL REHMAN memegang anak perempuannya yang mempunyai saiz kepala yang luar biasa di Kampung Jirania, India semalam.


NEW DELHI - Seorang budak perempuan berusia 16 bulan, Runa Begum menghidap penyakit kepala membesar sehingga kepada saiz yang tidak normal di Kampung Jirania Khola di negeri Tripura, India semalam.
Menurut ibunya, Fatima, otak Begum mengandungi banyak cecair sehingga mengakibatkan kepalanya membesar sejak dilahirkan.
Beliau berkata, doktor-doktor di kampungnya gagal untuk menyembuhkan anaknya itu.
Bapa Begum, Abdul Rehman yang bekerja di sebuah kilang bata berkata, masalah kewangan keluarganya menyebabkan mereka gagal untuk menemui doktor pakar. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0413&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2QI0myD7O 
Hakcipta terpelihara 

Medal Hadiah Nobel dijual RM6.89 juta




GAMBAR menunjukkan bahagian depan (kiri) dan belakang medal milik Crick.- REUTERS


NEW YORK - Sekeping medal Hadiah Nobel yang diberikan kepada seorang saintis yang menemui asid deoksiribonukleik (DNA), Francis Crick dijual pada harga AS$2.27 juta (RM6.89 juta) di sini kelmarin.
Medal tersebut dijual dalam acara lelongan yang dikendalikan oleh firma Heritage Auctions di Manhattan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Biomobie, Jack Wang.
Crick dari Britain menerima medal tersebut pada tahun 1962 bersama dua lagi rakannya yang turut menemui DNA iaitu James Dewey Watson dan Maurice Hugh Frederick Wilkins.
Medal tersebut disimpan di dalam peti deposit selamat sejak kematian balu Crick sebelum ia dilelong oleh pewarisnya.
Sebahagian daripada hasil lelongan itu akan disumbangkan kepada Institut Francis Crick di London.
Pada Rabu lalu, sepucuk surat Crick kepada seorang anak lelakinya berusia 12 tahun yang memberitahu tentang penemuan struktur DNA dijual lebih AS$6 juta (RM18.23 juta).
Surat tersebut dijual pada harga AS$6.05 juta (RM18.40 juta) dalam acara lelongan yang dikendalikan firma Christie's.
Harga itu merupakan rekod untuk lelongan sepucuk surat. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0413&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2QI0enj8R 
Hakcipta terpelihara 

Wanita pelihara tiga ekor puma di dalam apartmen




VELIUTE mendukung salah seekor haiwan itu.- AP


KLAIPEDA, Lithuania - Tiga ekor puma dipelihara oleh seorang wanita, Rasa Veliute di unit apartmennya yang mengandungi tiga buah bilik di sini sejak empat bulan lalu.
Menurut Veliute, 23, dia membuat keputusan untuk memelihara puma tersebut selepas ibu ketiga-tiga haiwan itu enggan menjaganya di sebuah zoo persendirian.
Dia merupakan pekerja sukarela di zoo itu.
Veliute berkata, haiwan-haiwan tersebut diberi makan ayam dan hidup bersama seekor anjing miliknya.
Bagaimanapun, katanya, ketiga-tiga ekor puma itu membesar dengan cepat menyebabkan dia memutuskan untuk menghantar haiwan tersebut kembali ke zoo pada musim panas ini. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0413&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2QI0XV8IA 
Hakcipta terpelihara 

Gunung Etna muntahkan lahar




LAHAR kelihatan mengalir dari gunung setinggi 3,329 meter itu.


ROM – Gunung Etna memuntahkan lahar semasa ia meletus di Pulau Sicily, Itali kelmarin.
Seorang jurugambar agensi berita Reuters berjaya merakamkan detik-detik letusan itu.
Gunung berapi setinggi 3,329 meter itu merupakan yang paling tinggi dan aktif di Eropah. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0413&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2QI0OvL7l 
Hakcipta terpelihara