Pages

Wednesday, October 10, 2012

Gempa bumi sederhana landa Irian Jaya

Gempa bumi sederhana landa Irian Jaya: "KUALA LUMPUR 9 Okt. - Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter melanda pantai utara Irian Jaya, Indonesia, pada pukul 3.49 petang ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Jabatan Meteorologi Malaysia berkata gempa itu berpusat di 165km barat daya Jayapura, Indonesia dan 2,453km tenggara Semporna, Sabah.

Ia tidak membawa ancaman tsunami, kata kenyataan itu. - BERNAMA"

'via Blog this'

Tersalah letak barang

myMetro | Tersalah letak barang: "MANAMA: Pasangan dari Bahrain kehilangan barang keperluan untuk sebulan selepas si suami tersalah meletakkannya ke dalam but kereta orang lain.

Pasangan itu baru selesai membeli-belah di sebuah pasar raya di sini dan terus ke kereta mereka.
Tetapi, isterinya kemudian memberitahu, dia terlupa membeli sesuatu dan meminta suaminya memindahkan barang dari troli ke dalam kereta dan kemudian masuk ke dalam kedai kembali, lapor akhbar harian Akhbar Al Khaleej, semalam.

Suaminya membuka but kereta dan meletakkan barang ke dalamnya sebelum kembali ke pusat beli-belah.


Apabila tiba di rumah, mereka terperanjat kerana barang mereka tiada.


Lelaki itu berkata, model dan warna kereta yang diletakkan di pusat beli-belah itu sama seperti keretanya dan dia tersalah meletakkan barang ke dalam but kereta itu selepas membuka dengan kunci keretanya.

Pasangan itu berasa mereka bernasib malang kerana kunci kereta mereka boleh membuka but kereta orang lain dan suaminya tidak menyedari perkara itu sehinggalah tiba di rumah. - GN"

'via Blog this'

Lelaki tanpa muka

myMetro | Lelaki tanpa muka:

LATIF tak boleh melihat selepas mata dilitupi lapisan ketumbuhan.
LATIF tak boleh melihat selepas mata dilitupi lapisan ketumbuhan.
IBU Latif menangis setiap kali melihat beliau.
IBU Latif menangis setiap kali melihat beliau.
KASHMIR: Seorang pemuda buat pertama kalinya menceritakan kehidupannya ‘tanpa muka’ dan bagaimana dia begitu takut keadaannya itu diwarisi oleh anak yang masih dalam kandungan isterinya.
Mohammad Latif Khatana, 32, dari Kashmir, India, tidak boleh melihat atau bekerja kerana mukanya dilitupi lapisan ketumbuhan. 
Kerana kehodohannya, ada orang yang sanggup meludah ketika mereka melalui di depannya.

Dia kini begitu gembira selepas wanita yang dikahwinnya hamil tujuh bulan.

Tetapi dia begitu bimbang, anak yang akan dilahirkan itu akan berwajah sepertinya.

“Saya tidak sabar untuk menjadi bapa dan memiliki sedikit kebahagian dalam kehidupan saya. Tetapi saya sentiasa bimbang dan berdoa setiap hari supaya anak saya tidak dilahirkan seperti saya,” katanya.

Latif yang tinggal bersama isteri, Salima, 25, di kawasan pergunungan di Tuli Bana di Jammu dan Kashmir, pergi ke Srinagar selama empat bulan dalam setahun untuk meminta sedekah.

Dia dilahirkan dengan ketumbuhan kecil pada mukanya. Tetapi ketumbuhan itu membesar dan membentuk lapisan daging dan menutup seluruh mukanya. Ia menyebabkan Latif tidak boleh melihat.

“Ibu saya masih menangis setiap kali melihat saya. Dia merasa bersalah dan tidak faham mengapa anak bongsunya ditimpa nasib itu.”

Latif mempunyai dua abang dan tiga kakak dan menjadi satu-satunya anggota keluarga yang menghidap masalah berkenaan.

Tanpa adik beradiknya, kehidupannya akan menjadi begitu sunyi kerana tidak ada orang yang ingin berkawan dengannya.

“Tidak ada orang yang mahu bermain dengan saya. Setiap hari saya dipukul dan diejek oleh kanak-kanak lain di kampung. Saya kehilangan mata kiri ketika berusia lapan tahun. Mereka memanggil saya ‘si mata satu.’”

Apabila dewasa, dia terus berdepan dengan banyak masalah. Dia lelaki yang kuat tetapi kerana tidak dapat melihat dan keadaan mukanya, tidak ada siapa yang ingin menawarkannya pekerjaan.

“Saya terpaksa mengemis dan mengharapkan simpati orang lain supaya dapat memberi makan kepada keluarga.”

Latif kadang-kala memperoleh 400 rupi (RM25) sehari dengan mengemis.

“Pernah tiga gadis berjalan di depan saya. Mereka ludah kaki saya dan berlari sambil menutup mulut dengan selendang masing-masing. Ia begitu memalukan saya.

“Ia juga membuat saya terkejut kerana melihat kekejaman mereka. Saya begitu tertekan selama beberapa hari. Tetapi saya terpaksa bangkit dan meneruskan kehidupan,” katanya.

Empat tahun lalu, Latif menemui jodohnya.

Ibu bapanya berusaha mencarikannya isteri tetapi tidak ada wanita yang sudi berkahwin dengannya, sehinggalah Latif mendengar mengenai Salima.

“Isteri saya hanya mempunyai sebelah kaki. Sudah lama dia berusaha untuk mendapatkan seorang suami.

“Sebaik bertemu, kami sedar bahawa kami dicipta untuk satu sama lain. Kami jodoh yang sesuai kerana masing-masing cacat,” katanya.

Mereka berkahwin pada Ogos 2008 dan kira-kira 400 tetamu hadir pada majlis itu.

Sejak itu, pasangan berkenaan hidup bahagia. - TS

'via Blog this'

Petani menang pertandingan buah labu

Kosmo! Online - Dunia: "

AP
DANIKA STARR bergambar di tepi buah labu bapanya.

TELUK HALF MOON, California - Seorang petani dari Oregon, Thad Starr memenangi pertandingan buah labu paling berat di sini kelmarin.

Buah labu milik Starr, 45, itu seberat 805 kilogram.

Ekoran kemenangan itu, dia memperoleh wang tunai berjumlah AS$10,650 (RM32,700).

Menurutnya, dia mahu menggunakan wang tersebut untuk membawa keluarganya melancong ke Disneyland. - AP"

'via Blog this'

Ikan paus mati selepas diserang jerung

Kosmo! Online - Dunia: "

SEBUAH jentolak digunakan untuk menolak ikan paus ke arah pantai dekat Cape Town kelmarin.- Agensi

CAPE TOWN - Bangkai seekor ikan paus gergasi sepanjang 30 meter ditemui terdampar di tepi pantai dekat sini, lapor akhbar dalam talian MailOnline semalam.

Haiwan tersebut dipercayai mati akibat diserang oleh beberapa ekor ikan jerung putih pada Ahad lalu.

Ikan paus yang mati itu akan dihantar ke pusat pembuangan bangkai haiwan di Vissershok di sini.

Bangkai ikan itu dihanyutkan ombak ke pantai Muizenberg.

Jurucakap Pusat Pengurusan Risiko Bencana Cape Town, Wilfred Solomons-Johannes berkata, dia belum mengetahui sama ada haiwan itu masih hidup semasa diserang ikan jerung putih.

Pantai itu terkenal dengan kehadiran beberapa ekor ikan jerung tersebut. - Agensi"

'via Blog this'

Serangan di pangkalan tentera

Kosmo! Online - Dunia:




GAMBAR menunjukkan bangkai sebuah bas yang hangus terbakar selepas letupan berlaku di kawasan al-Zablatani di Damsyik semalam. - REUTERS



DAMSYIK - Berpuluh-puluh orang terbunuh dalam serangan berkembar oleh dua pengebom berani mati di pekarangan pangkalan tentera udara Syria dekat sini, kata Kumpulan Pemerhati Syria Untuk Hak Asasi Manusia yang beribu pejabat di Britain.
Kumpulan itu menyatakan, pihaknya bimbang berhubung nasib beratus-ratus tahanan yang masih berada di pangkalan tersebut.
Kumpulan jihad, Barisan Al-Nusra mengaku melakukan serangan itu.
Serangan pertama dilakukan oleh seorang penyerang yang memandu sebuah kereta berisi bahan letupan manakala satu lagi serangan melibatkan sebuah ambulans berisi bom.
Pengarah kumpulan pemerhati tersebut, Rami Abdul Rahman memberitahu agensi berita AFPbahawa berpuluh-uluh orang maut dalam pengeboman berkembar itu.
"Nasib beratus-ratus tahanan yang ditahan di bilik bawah tanah bangunan tersebut pula masih tidak diketahui," tambahnya.
Menurut kumpulan pemerhati tersebut, serangan itu mencetuskan pertempuran sengit di bandar Hasrata melibatkan kumpulan pemberontak yang dikenali sebagai Tentera Pembebasan Syria dan tentera rejim Presiden Bashar Al-Assad.
Menurutnya, tentera rejim Bashar turut membedil bandar Aleppo semalam yang menyaksikan pertempuran sengit berlaku sejak pertengahan Julai lalu, selain di bandar Idlib berdekatan sempadan Turki.
Satu letupan turut berlaku di kawasan al-Zablatani di sini semalam. Angka kematian belum diketahui. Perkembangan itu berlaku ketika Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)/ Liga Arab, Lakhdar Brahimi dijadualkan berkunjung ke Syria pada minggu ini untuk cuba memujuk pentadbiran Bashar supaya segera mengadakan gencatan senjata bagi menghentikan perang saudara di negara itu.
Perkara tersebut dinyatakan oleh Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon semalam.
"Brahimi akan melawat rantau berkenaan sekali lagi dan beliau akan berkunjung ke beberapa buah negara. Beliau juga akan berada di Syria," kata Kin-moon pada satu sidang media bersama Presiden Perancis, Francois Hollande selepas pertemuan mereka di Paris.
Penentangan ke atas rejim Bashar bermula pada Mac tahun lalu sebelum merebak menjadi perang saudara yang meragut lebih 32,000 nyawa setakat ini. - Agensi

'via Blog this'

Api misteri sudah lenyap

Api misteri sudah lenyap - Kelantan - Sinar Harian:

Api misteri sudah lenyap
Ustaz Shamsuri (kiri) mengimankan solat sunat Hajat yang turut disertai oleh Zainab (kanan) semasa proses rawatan dilakukan.
Mangsa gangguan sudah mula dapat hidup tenang

KOTA BHARU - Mangsa gangguan api misteri, Zainab Sulaiman, 75, melahirkan rasa bersyukur dan gembira apabila kejadian api misteri yang berlaku semenjak tiga tahun lalu kini sudah tidak berlaku lagi.

Dia yang tinggal bersama anak dan cucunya di rumah yang terletak di Kampung Penambang Bunga Emas di sini berkata, mereka sekarang dapat hidup dengan tenang dan melakukan kerja harian tanpa perlu memikirkan masalah tersebut.

“Sudah 16 hari kami tidak diganggu oleh api misteri selepas mendapat rawatan daripada Pusat Rawatan Islam At-Tobibi dari Nilai, Negeri Sembilan.

“Makcik berharap misteri ini akan berakhir buat selamanya dan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu kami,” katanya.

Sementara itu, pengasas pusat rawatan tersebut, Shamsuri Shafie berkata, pihaknya akan terus membuat pemantauan dari masa ke semasa ke atas rumah itu dalam usaha untuk memastikan gangguan tersebut tidak berulang.

Beliau berkata, pihaknya  hanya mampu berikhtiar selebihnya ALLAH SWT yang menentukan dan memohon kepada keluarga tersebut agar memperbanyakkan solat Hajat serta berdoa semoga gangguan yang dialami pulih sepenuhnya.

“Semua ini adalah ujian dari ALLAH SWT kepada keluarga makcik Zainab dan saya yakin mereka dapat mengharunginya dengan tabah,” katanya.

'via Blog this'